Friday 17 May 2013

Nikmat Sakit



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



HAI semua! benda yang aku nak cerita ni semua cerita lama. flashback. Benda ni jadik masa aku form 2. Lama dah kan. Ada yang dah lupa ada yang still ingat. Saja nak share pengalaman.

Mulanya macam ni, satu hari tu aku tak pergi prep petang. Eh ponteng ke? haha aku pon tak ingat dah. Masa tu aku dok bilik sensorang kat asrama. Aku lapar and buat lah maggi. Maggi tu aku baru beli okay. Dah habis satu mangkuk aku makan. Aku baru perasan yang maggi tu dah expired! Arrghhh. Stress sekejap. Harap harap tak jadi pape lahh. 

Tapi malang tak berbau. Cewwah. Aku diserang sakit perut yang aneh. Dah 2 kali kot pergi hospital dengan warden yang bertugas masa tu. Doktor kata takda pape. Just sakit perut biasa. Tapi aku rasa luar biasa! Apa nak buat percaya je lah kata kata doktor tu. 

Esok pagi tu perut aku memang takleh tahan dah. Sakit yang teramat. Buat lah gaya duduk macam mana pon tetap sakit. Sampai student sebelah aku dalam bilik sakit tu pon dah pelik kenapa dengan aku ni tak reti duduk diam. Dia pon sakit jugak. Lastnya aku ambil keputusan nak keluar bilik sakit tu nak mintak tolong orang.  الحمد لله aku ingat lagi kakak tu tolong aku. 

Ayah saudaraku yang duduk ipoh pon sampai tak lama lepas tu. Pakcik aku bawak pergi klinik. Aku tak larat nak jalan dah masa tu. Kena paut. Then, doktor tu cakap aku kena appendix. Pakcik aku tak caya then pergi next klinik. Tapi doktor takda. Lepas tu terus je pergi ke hospital Ipoh. Kali ni dah kali ke 3 kot aku pergi hospital ipoh dengan kes yang sama.

gambar google. hospital ipoh dah tukar nama

Aku naik kerusi roda. hihi. Aku pon tak ingat apa yang berlaku. Pakcik aku juga seorang medical assistant. So yang aku tahu aku dah kena admit! Oh Allah. Aku sakit apa? Aku tertidur, sedar2 Abah ada kat sebelah. Aku ingat abah nak marah sebab aku ni tak reti nak jaga kesihatan. Rupanya tak hehe. Abah baik sangat. 

Aku pon duduk jelah kat katil hospital tu. Masa hujan renyai-renyai, abah cakap abah nak turun kejap nak tutup tingkap kereta bagi rapat sebab hujan. Aku pon okay jelah. Tunggu punya tunggu aku pon tertidur. Aku sedar ustazah aku datang. Ustazah Fatimah, ketua warden datang melawat. Aku carik abah. takda pon. Takpelah. Sembang2 kejap ustazah pon balik. Terima kasih ustazah datang melawat :)

Lepas tu, ada seorang makcik datang bawak anak dia naik kerusi roda. Kepala anaknya botak dan ada banyak sangat kesan jahit. seram jugak aku tengok. Anak dia tak cakap pon. Diam je. Mak dia yang cakap. Anak makcik tu perempuan.

"Adik, anak makcik nak berkenalan dengan adik"
"Berkenalan?" aku pon konfius. 

Makcik tu pon cerita lah anak dia accident motor. Sepatutnya ambil PMR masa tahun tu, tapi kena extend sebab accident teruk. Memang teruk pon aku tengok. Kesian dia. Tapi dia tak cakap pape pon. Makcik tu cakap lagi yang dia nak pindah hospital dah, pindah hospital Taiping. Dekat dengan rumah. Lepas tu pon aku memang tak jumpa dah makcik tu dengan anak dia.

Lepas berapa jam aku pon tak ingat dah sampai aku tertidur. Aku terjaga sebab abah datang. Ohh rupa-rupanya abah balik rumah kat Tapah dari hospital Ipoh bawak umi dengan adik adik datang. Patutlah lama sangat pergi tutup tingkapnya. haha. 

Aku kena puasa sebab aku nak kena tebuk lubang masukkan camera. Doktor nak tengok perut aku ni kenapa sebab tak dapat nak diagnose lagi. Appendix pon tak konfem lagi. 

Masa hari nak operate tu. Aku kena usung pakai katil yang beroda tu pergi ke bilik bedah. Siap naik lift lagi dengan katil tu. Kecut wehhh. Sampai lah bilik yang terakhir yang abah boleh masuk. Sebelum abah keluar aku sempat tanya.

" Abah operation ni boleh meninggal ke?"
" Eh InsyaAllah okay je. Operation kecil je ni"

Lepas aku kena bius aku tak tak sedar apa dah. Systemic anesthetic (bius seluruh badan). Bila aku sedar aku dah otw nak pindah ke wad biasa. Aku sedar sedar ayam je. Kesan bius tu ada lagi. 

Rupanya aku kena appendix. Masa aku sakit perut yang duduk dah takda gaya tu appendix aku dah pecah. Tu yang doktor susah nak detect sakit apa. Bila masukkan camera tengok dah pecah so doktor bersihkan je supaya takda jangkitan kuman ke bahagian abdomen.



Antara faktor yang boleh jadi appendix ialah biji cabai yang kecik tu. Sebab aku kena appendix? Haha, takpelah, biarlah rahsia :D

Syukurlah nikmat sihat sebelum sakit.Tapi jangan lupa sakit juga satu nikmat. Beribadahlah sepuasnya sebab takda halangan untuk bergerak/terkena air. Apa-apa pon family is the best! Terima kasih ya Allah. Okay. Jaga kesihatan molek. Minum air banyak2 :)


Sunday 12 May 2013

FEMOS



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



FEMOS is stand for festival mega sports of health science. Diadakan setiap tahun. Kali ni merupakan kali kedua femos diadakan. Banyak sukan yang dipertandingkan. Setiap kos dibawah fakulti sains kesihatan akan berentap untuk meragut kegalaran juara. Kos kos yang ada dibawah FSK:

Optometry (OPTIMIST)
Nursing (NUSA)
Occupational therapy (PPPCK)
Medical Imaging (MISA)
Physiotherapy (PHYTAS)
Environmental health (EHSAN)
Medical Lab Technology (MELTECH)
Nutrition & dietetic (NADA)

Kita highlight sikit opto tu. Ni bukan bias ye, ni adalah semangat dengan kos sendiri hehe. Yang nama dalam kurungan tu singkatan nama persatuan pelajar setiap kos.

banner femos

Untuk femos ni aku masuk futsal je. Macam waktu femos yang dulu memang join futsal je. Cuma yang beza nya dulu kami menang sekarang kalah :'( sobsobsob. Sedih. Kalah dengan sepakan penalti. Tapi takpa. Allah dah tentukan yang terbaik.

Majlis penutupan femos baru tadi selesai. Aku datang jugak walaupon tak dapat hadiah apa-apa. Datang bagi sokongan untuk optimist. Dah la medal kali ni cantik. huuu, takpelah. FYI, OPTIMIST merupakan juara keseluruhan waktu femos 2012, femos yang dulu. Tapi kali ni tak dapat nak kekalkan kejuaraan. Juara jatuh kepada MELTECH. Tahniah.

Tahniah atlit2 optimist yang bagi full commitment. Yang menang Tahniah, yang tak menang macam aku ni teruskan usaha untuk femos akan datang. 

mascot yang comel :D
Medal johan futsal femos yang dulu (nak jugak letak haha)

Tak banyak gambar pon femos kali ni. femos yang dulu bukan main berfolder2 gambar haha. Lagipon femos kali ni buat hari kelas. Khamis Jumaat Sabtu. Ada games petang & malam. So itu je lah kot pasal femos. Okay. Belajar belajar jugak. Bersukan pon jangan lupa. Akal yang sihat dari minda yang cergas.

Syukran. Salam rejab!



Saturday 4 May 2013

PESTA BUKU



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



Selamat Hari Pekerja. hehe, dah lambat baru nak wish. Sebenarnya nak cerita 1 MEI haritu aku pergi jalan-jalan. Pergi pesta buku weheee!. Bestnyaaaa. Aku suka tengok buku banyak banyak. Ada jugak cita cita nak bukak kedai jual buku huhu. Berangan kuat!

Aku pergi dari puncak alam besama-sama 4 lagi kawan. Aku, mira, ika, alya & kak zu. Dalam lima lima ni kak zu je yang tahu jalan. So kalau kak zu sesat kami pon sama sesat. Gerak darik puncak alam dalam pukul 7.30  pagi ambil bas RapidKL U90 then tukar U80 dekat seksyen 2 Shah Alam sampai KL sentral.

Sampai KL sentral, kami naik LRT sampai stesen masjid jamek. kat stesen masjid Jamek lah kami lost sekejap. Lepas pusing naik turun tangga barulah jumpa jalan yang betul :) Dari masjid Jamek tu tukar lrt sampailah dekat stesen PWTC.


Beli token dekat KL sentral. Map ni berguna lah buat first timer pegi KL naik LRT macam aku ni.

الحمد لله kami sampai PWTC dalam pukul 10 lebih. Aku pon mulakan langkah meninjau booth booth buku yang ada. Ada banyak dewan dalam PWTC ni, so booth booth buku ni bukanlah terletak dalam satu kawasan je. Berdewan-dewan dan Bertingkat-tingkat. Jadi kenalah berpandukan MAP, map lagi kan.

booth booth dalam salah satu dewan. Ada lagi dewan dewan lain.

Aku adalah senarai kan tajuk tajuk buku sebelum pergi. Yang penting kena tahu publisher buku tersebut. Boleh gunakan baucer buku. Aku habiskan baucer aku kat sana. huhu, lega rasanya dah habis.

Oleh kerana 1 mei merupaka cuti umum rakyat malaysia. Maka ramai yang nak keluar haritu pergi pesta buku. Allahuakbar! Dalam PWTC sangat sesak dengan orang. STUCK! Seriously. Aku jalan jalan sikit, mira hilang. call pulak lain putus putus. Last nya aku gerak solo je. Cepat sikit hihi. Mira pon sama. Kak zu pon jalan sorang jugak. Ika dengan alya pon lastnya terpisah jugak. hehe. Waktu aku pergi dengan family dulu masa form 5, ayah aku cakap kita bawak tali rapia. Semua pegang tali, abah depan sekali. So, takde hilang hilang. Hehe, lama dah masa tu. 


waktu puncak memang sesak.  Admin ni pon suruh datang petang.


Lama jugak kami dalam tu, puas aku pusing sampai dah hafal dewan dewan dia takyah tengok map dah. Kat sana jumpa ramai senior. Senior masa sekolah dulu, kawan sekolah jumpa sorang je. hehe, maybe yang lain sebok. 

Semua buku dari galeri ilmu, satu je jemari seni. anthem by hlovate :)
Buku seni jahitan tu untuk umi. cara nak buat coklat ni saja aku beli nak try buat, kalau sedap boleh buat bisnes :)

Pusing PWTC punya lah berjam-jam haha, lastnya beli buku dari Galeri ilmu, jemari seni dengan utusan pulication & distributor je. Sebenarnya cuci mata tengok buku tu best. Rasa nak beli semua kan cuma tak mampu hehe. 

Yang bestnya kat sana aku jumpa Prof Muhaya. Weheeee! Dah lama sangat aku nak jumpa beliau. الحمد لله Allah beri peluang. Jumpa Hilal Asyraf jugak. Akhi hilal pernah datang puncak alam. Prof Muhaya belum hehe. Ramai penulis turun padang kecuali HLOVATE, haha. Tak pernah lagi jumpa dia. Tengok muka pon tak pernah. Tapi novel dia memang terbaik :D

Waktu nak balik stesen LRT pwtc sangat sesak sampai polis terpaksa tutup pintu grill. Dia lepaskan sikit2. Dah dapat masuk pulak nak beli token punya lah ramai orang. Kalau ade kad monorail tu senang. Boleh je terus masuk. Macam macam ikhtiar kami buat, guna ic lah, tapi ic tak tukar baru lagi takda touch n go. So tak boleh. Pastu try lagi guna kad rabbit RapidKL. Kena blacklist dah kad tu sebab lama tak guna. Allahuakbar, sangat menguji. Lastnya memang kena beratur beli token. Hampir sejam kami stuck dekat situ. 

Waktu balik, aku pergi sogo sekejap. Sebab kawan aku, faizah dari UKM KL datang masa kat pwtc tu. macam sekejap sangat jumpa. Dia ajak pergi sogo makan sekali. Tapi kak zu, ika & alya terus pergi KL sentral. Tunggu kat sana. Mira teman aku makan sekali dengan faizah.


Dekat sogo pon sesak. Kami solat & makan. Pastu terus balik. Sebenarnya aku fobia dengan sogo ni. Sebab dulu ada kes kanak-kanak hilang kat sini. Nama dia YIN. الحمد لله adik yin dah pun diketemui. Ada seorang wanita myanmar jaga dia. 15 hari dia hilang. Tapi aku bukan kanak-kanak lagi. Ntah kenapa nak fobia. Moga Allah pelihara kita semua. InsyaAllah.

الحمد لله tercapai juga impian aku nak pergi pesta buku. Faizah pesan aku kena habiskan buku buku tu dalam masa setahun. hehe InsyaAllah :) 


Tahniah rakyat Malaysia. Inikalilah!

 OKAY. terima kasih. Selamat mengundi. Buatlah pilihan yang tepat kelak akan disoal di akhirat :)