Thursday 18 July 2013

Ibu dia baru meninggal dunia



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Waktu solat asar lagi 10 minit nak masuk,  Aku dan sahabat lain bergerak menuju ke dewan solat utama. Kami ada program di masjid tersebut dari semalam. Harini jemaah pada waktu asar tak seperti semalam. Macam ramai.

" Eh, kenapa macam ramai je. Ada orang nak nikah ke?" Aku tanyakan pada salah seorang sahabat.
" Ye la kot. Macam pelik je" Sahabat menjawab.
" Tapi mana ada orang kahwin dalam bulan puasa laaa" Aku pulak jawab. Kami pon gelak haha sebab memang jarang orang nak kawin dalam bulan Ramadhan. 

Selesai ambil wudhuk, sementara menunggu azan tiba tiba kami dilewati oleh sekumpulan jemaah lelaki mengangkat keranda. KERANDA?? yes. keranda. Aku jadi macam terdiam. Seram sejuk. Bukan takot sebab hantu mayat ke ape. Tapi terkejut, dah lama sangat tak tengok jenazah dengan mata sendiri. Ya Allah. Rupanya orang ramai tadi merupakan waris si mati. Nak solat jenazah selepas solat asar.

Habis solat asar, imam mengumumkan untuk solat jenazah. Ya Allah lagi sekali berdebar sebab first time nak solat jenazah nii. Aku pon tanyakan pada makcik sebelah, nak baca ape ye? Betapa teruknya aku, pernah belajar masa sekolah dulu. Siap ada amali lagi. Itulah belajar bukan kerana Allah, sebab tu lupa dan sebab tak amalkan.

Setelah solat jenazah ditunaikan, imam membacakan doa.



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Maksudnya :Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia (Imam membacakan baca versi jenazah wanita sampai akhir). Aku pon terfikir, cukupkah dengan doa ini mengampunkan dosa dosa kita buat ketika hidup? Sungguh Allah lebih mengetahui. Ya Allah. Memang petang tu rasa sayu je. Tambah lagi dalam bulan Ramadhan, bulan berkat. Ada sahabat dah menangis dah pon.

Usai doa, wakil keluarga memberi ucapan. Masa itu lah dia cakap yang meninggal tu arwah ibunya. Kalau ada hutang boleh tuntut. Aku tengok ahli keluarga si mati menangis.Merah merah mata. Aku pon sedih jugak. Allahuakbar. Aku tengok sampai lah keranda diangkat keluar dari masjid.

Memang rasa sangat dekat kat hati. Tersentuh. Ya Allah, apa bekalan yang aku bawa jika aku mati sekejap lagi? Ingatlah bahawa mati itu pasti dan sangat hampir. Benarlah, kematian yang berlaku di sekeliling kita adalah satu peringatan.

Wahai sahabat, saya share kan semua ini untuk kita semua mengingati mati. Betapa mengingati kematian itu perlu. Bukan ingat sahaja tanpa berbuat apa-apa, tapi berusaha untuk kita menghadapinya. Semoga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khotimah. InsyaAllah.



Al-Fatihah buat kedua ibu-bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. 


Saturday 13 July 2013

.::They Need Us::.




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Asslamualaikum! Ramadhan kareem. Jom jadi umat islam yang cakna dengan hal sekeliling. Nasib umat islam di Syria, Mesir, Palestine, Malaysia dan dimana jua. Kelak akan disoal di akhirat. Sudah kah kita bersedia? Allahuakbar, tepuk dada tanya iman.










(boleh LIKE page tu untuk dapatkan lebih info)

Mampukah kita mendiamkan diri? Sambil berdoa hulurkan sumbangan kepada mereka. Mereka sangat-sangat memerlukan. Serahan MEGA 20 Julai 2013, InsyaAllah.




Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Albaqarah: 261)

Thursday 11 July 2013

Kertas Jawapan Exam Hilang, Apa nak buat?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Tengah hari tu, mak aku kejutkan aku cakap ada call. Aku pon terpisat-pisat bangun pergi jawab talifon. Talifon rumah. Pelik kenapa tak call handphone je. Baru beberapa jam aku sampai rumah dari puncak alam. Aku penat sangat sebab malam tu tidur sejam je. Kemas barang.

"Hello.." Aku mulakan.
"Cik Nur Fadhilah ye?" Disana bertanya. Gaya suara macam orang jaga kaunter. Kaunter pendaftaran/pertanyaan. Haa lebih kurang la.
" Ya saya" Aku ngantuk lagi.
" Macam ni, kertas jawapan cik Fadhilah untuk exam yang last haritu hilang. Kami dah try cari tapi tak jumpa. Jadi kami minta cik fadhilah datang petang ni jawab lagi sekali." Panjang lebar.
Aku macam tak percaya. Macam percaya jugak. 'Jawab lagi sekali?' Macam mengarut pon ada. hmmm apa nak buat ni?
"Err tapi saya baru sampai rumah."
"Oh. Takpa. Kalau macam tu datang esok. Amik Opto kan?"
"Aah.opto.."  
Datang esok macam tak mungkin. Hmm ape nak buat niiiii macam mana boleh hilang. Sapa yang cuaii, adoii. Dah la hari first puasa.
Tiba-tiba orang yang call tu gelak. CIS! hahaha rupanya kakak aku kenakan aku. Aku pon main percaya je laaaa sebab tengah mamai. Ishhh geram betul. Cuak haihhh, nak jawab lagi sekali? takkan takda cara lain. huh. haha.

Rupanya dia call sebab nak mintak tolong blend kan gula untuk buat kuih. Blender kat rumah dia gula taknak hancur. Dulu masa dia belum kawin aku yang tolong, sekarang ni dia buat sendiri la. Kalau nak tahu, kakak aku ada buat bisnes kuih semperit. Resepi keluarga turun temurun, cair dimulut. cewah. Kalau nak order boleh la. Sebalang 50 biji RM 18.




Malam tu kakak datang rumah nak amik gula yang dah blend tapi aku tidor haha tak buat pon. Sorry^^. Lastnya umi bagi dia blender tu haa senang haha. Okay. Tak terlambat lagi nak ucap Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak. Semoga Ramadhan ni lebih baik dari yang lepas. InsyaAllah.