Wednesday 4 May 2016

Experience was the great Teacher.


Pertama kali saya di beri peluang bercakap depan ramai pelajar sekolah, bedebar kot!
Siapa yang tak nervous? Kecuali lah dia memang selalu dah cakap kat depan.
Walaupon ada yang bagi semangat cakap,
"Fadh ni adik-adik sekolah rendah, mesti boleh punye!"
Saya cuba berlagak tenang, cakap je apa yang dah plan.
Respon adik adik ni memang best kalau tanya soalan.
Sampai kita pulak kena pandai kawal balik keadaan yang dah riuh rendah tu.
Kalau tak, habiss..
Haha. Lawak pulak bila teringat.
Tadi masa nak balik.
Ada pelajar panggil, masa tu saya dah masuk van.
"Kak Fadh, kak Fadh!" Semangat dia panggil saya.
Saya pun senyum tengok dia,
"Ya adik, kenapa?"
"Nak salam.."
Oh. Nak salam rupanya. Terkejut saya. Ingatkan ada barang tinggal ke.
Terharu pulak rasa mereka ingat nama.
Alhamdulillah.
Pengalaman manis untuk pembukaan misi 2016 smile emoticon

perkara yang wajib buat untuk jadi HEBAT !

Waktu kecil dulu saya selalu ikut ayah saya keluar. Atas urusan berniaga, beli barang atau apa saja.
Saya selalu nampak, sebelum pergi lagi abah dah senaraikan nak pergi ke mana. Semua tempat tulis. Tak tinggal satu pun.
Bila dalam kereta, dah selesai satu tempat, abah akan potong dan teruskan ke destinasi yang lain.
Sekarang ni bila dah kerja, saya tengok majikan saya pun tulis apa yang perlu di buat untuk harini.
Yang paling saya kagum, waktu saya interview dulu pon ada dah senarai senarai topik yang akan ditanya!
Dahsyat betul!
Saya teruja sebab saya tak pernah tulis apa yang saya nak buat atau nak capai secara jelas dan konsisten.
Selalu fikir,
"Aku nak berjaya, nak jadi Optometris yang hebat".
Itu saja.
Tapi sejak berjinak-jinak baca buku tentang motivasi diri dan bisnes,
Ada satu buku terangkan,
"Ada cara hebat untuk berjaya, berfikir di atas kertas!".
Maksudnya tulis.
Tulis kan apa yang kita nak jadi secara jelas. Apa yang kita nak capai dalam masa sehari, sebulan, 3bulan, setahun?
Mahupun 10 setahun akan datang.
Sebabnya bila kita mula menulis, semua pancaindera kita akan terlibat.
Dari situ kita mula NAMPAK dan PERCAYA apa yang kita idam idam kan.
Jadi bila minda dah berfikir ke arah kejayaan yang JELAS, segala tindakan akan bekerja ke arah itu juga.
HASIL nya akan hebat berlipat kali ganda daripada orang yang hanya merancang di fikiran sahaja.

Kawan baru saya!

"Eh macam kenal?" Seseorang tegur saya bila saya masuk kedai Rizal Klebang.
Saya dari luar, baru lepas beli makanan tengah hari.
Bila dengar ayat tu, otak saya ligat cari balik memori bila saya jumpa dengan orang yang tegur ni.
Ahh tak jumpa!
"Sekolah Taayah ke?" Itu pula yang terkeluar dari mulut saya. Haha
Tapi beliau cakap bukan.
Otak saya ligat mencari lagi.
Oh yaa Facebook! Kami kenal di alam maya.
Itu pun cuma berbalas 'Like'. Tak pernah lagi tegur sapa.
"Hanun?"
Jumpa juga fail memori dengan CikPuan Hanun ni.
Yaa betul. Kami pon bersalaman.
Memang ada niat dekat hati nak jumpa Optometris hebat ni. Tapi tak berkesempatan.
Tak sangka jumpa di sini pulak.
Selalu dengar cerita beliau dari mak nya, merangkap cikgu saya masa sekolah menengah dulu.
Beliau belajar Optometry di United Kingdom, kerja sekejap di Singapura.
Dan akhirnya bertemu jodoh di Rizal Optometris.
Dah hampir 3 minggu beliau mula bekerja, tak terlambat lagi saya nak ucap Selamat maju jaya CikPuan Hanun 😊
Rakan seperjuangan saya.

Ubah diri sendiri kalau nak berjaya.


Bila kita di rumah, kita ada ibu ayah ada adik beradik, tempat kita berkongsi seronok dan juga sedih.
Bila di tempat belajar, kawan kawan jadi adik beradik, para cikgu dan pensyarah pula jadi ibu atau ayah.
Bila di tempat kerja, rakan sekerja seperti adik beradik, majikan pula di jadikan mentor dan sifu.
Tujuan nya sama, apabila kita jauh dari jalan yang kita nak tuju, tarik tangan nya supaya ikut bersama rasai kejayaan itu.
Terima kasih buat semua yang pernah hadir dalam hidup ini.
Kejayaan tidak akan datang bergolek, usaha sehabis mungkin untuk capai apa yang kita nak dalam hidup.
Tanya diri, apa yang sebenarnya kita mahu?
Perjalanan saya baru nak bermula, terus pandang ke depan untuk terus berjaya.
Kata kata mentor saya,
"Buang asal diri yang lama, bina kukuh diri yang baru".
InsyaAllah saya pegang kata kata itu.

Perlu jadi Kreatif untuk lebih berjaya!

Sementara tunggu urusan gambar sijil konvo tu selesai, saya singgah di cafe ya hanana.
Setentang dengan kolej seroja, UiTM Shah Alam.
Lapar pulak rasanya.
Yang lain yang dalam kereta tu pon lapar juga, jadi saya order lebih sikit.
Dah order, duduk sekejap. Nampak pula tanda ada wifi di cafe ni.
Saya tanya pada staff,
"Cik, apa password wifi ni?"
Dia balas,
"Dah solat ke belum?"
Saya malu tiba tiba, waktu baru masuk tak sempat lagi nak solat.
Saya jawab belum.
Oh, kena solat dulu ya baru boleh online. Saya cakap dalam hati je.
Muhasabah diri sekejap.
Staff tu senyum,
"Password dia dah solat ke belum?"
Terpinga-pinga pula saya lepas dengar dia bagitau.
Buat lawak betul cafe ni. Haha
Tapi bagus, kreatif cara dakwah nya.
Kita memang kena jadi kreatif kalau nak lebih berjaya.
Saya pula tanya sambil taip,
"Ada tanda soal sekali ke cik?"
Dia pun gelak sama.
Terima kasih ya yang bagi bunga. Adat orang konvo mesti nak bunga juga hehe.
Cerita hari konvokesyen UiTM ke 84 💐