Wednesday 9 October 2013

Usrah wida'



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang :')


Assalamualaikum! hee lama tak update. Busy campur ada malas sikit. Sihat ke semua? Harap semua sihat fizikal dan rohani. Jangan lupa hati pon ada sakit jugak. Bukan sakit hati tapi hati sakit sebab jauh dari redha Allah.

Nak cerita pasal usrah. Usrah aka bulatan gembira or bulatan riang or whatever yang korang nak bagi nama dekat dia. As long as ada naqibah dan juga ahli-ahlinya. Alhamdulillah kami dah ikut usrah dengan bilangan ahli yang ramai pada mulanya dan yang kekal tinggal 7 orang. Weeee ni usrahmates saye :D



Alhamdulillah usrah ni terbentuk dari sem 1 sampai sekarang dah sem 5. Sedikit perubahan harus dilakukan dan kami adakan usrah wida' (terakhir). Kami semua akan berpisah! huhu dapat usrahmate & naqibah yang baru. Usrah yang last ni kami picnic dekat Puncak Bestari lepas kelas. Tak jauh pon dari uitm puncak alam. Berpicnic haruslah ada makanan kan.


Melting under the sun. 

:)

Kita tadabbur dulu ye kawan-kawan :)


Walaupon sekarang dah berpisah tak bermakna ukhwah kami pon dah berakhir. Itulah manis nya islam. Setiap mukmin itu bersaudara. Dah macam-macam kami lalui sepanjang usrah bersama. Usrah, daurah, pergi program & banyaaaak lagi. Suka duka bersama. Sob sob sedih pulak teringat. Moh ler kite throwback sikit.

Main tukar-tukar hadiah dengan usrahmates :D

Cebisan kek hari jadi. Tak sangka nak sambut birhday 3 orang sekali. Tapi salah sorang yang diraikan tak datang. Aku la tu haha tu la sape suruh tak datang. Kan dah rugi. Jangan ponteng usrah ye. Rugi sangat.

Daurah di Masjid Sunway. Ghuzwatul fikr & Sayonara Jahiliyyah.

Daurah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong :)

Jalan-jalan di I-city :D

Jual Rose di Mydin USJ. Boleh baca kat SINI.


Sebenarnya banyak lagi lah benda-benda yang kami lalui. Semua dalam kenangan. Sekarang dengan usrah baru lebih independent & berdisiplin. Nak bantu tegakkan agama Allah mana boleh main main. Alhamdulillah, dah 2 minggu dah berusrah dengan suasana baru. Oke jeee :D Siapa kata usrah tu satu yang membosankan? Belom cuba belom tahu tau! Carilah usrah. Rugi kalau takda usrah. Trust me, usrah sangat best! Wallahu a'lam :')


Sunday 22 September 2013

Bestnyaaa duduk UIA...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum :')


Weekend yang baru lepas ni antara weekend yang aku free dan maybe pasni dah tak free dah. Ada kelas n program. So otak ligat buat plan. Plan nak jalan banyak tapi selalu tak jadi. Alhamdulillah jumaat haritu aku gerak pergi UIA Gombak. Naik Rapid KL U90 turun seksyen 2 tukar amik U80 sampai ke KL sentral. Jumpa kawan nama nya Adilah kat sana. Gerak sama-sama pergi UIA naik LRT.

Kami sampai UIA dah malam, terus pergi bilik kawan adilah dekat mahallah asma. Besar gilaaa bilik diorang, dah la duduk 2 orang. Seriously besaaaaar sangat. Diorang kata tu bukan bilik sebenarnya. Baru modified jadi bilik sebab UIA banyak intake kali ini. kalau bilik biasa tu kongsi 4 orang. Kecik sikit la.

Mahallah.

Kuliyyah & center

Lepas solat isya', Adilah bawak aku pusing-pusing UIA. Aku tak pernah sampai uia pon sebelum ni. Adilah bekas student CFS IIUM. Tak sambung degree dekat UIA tapi dia pakar dah selok belok uia gombak ni haha. Kitaorang jalan-jalan sampai dekat busana uia. Ada jual tudung, niqab, jubah dan keperluan muslimah yang lain. Untungnyaa budak UIA, takpayah susah-susah nak pergi beli dekat luar.

Sebenarnya kedai ni dah tutup dah, tapi kakak tu nampak kitaorang terjenguk2 dia bagi masuk hehehe. Baik kakak tu. Dah la lama gila lepak kat kedai dia, pukul 12 malam baru balik mahallah. Dilah borong tudung.



Esok tu dah tengah hari baru keluar pegi makan. Makan dengan kawan2 adilah waktu CFS dulu. Makan Nasi ayam penyet dekat mahallah aminah. Diorang kata sedap. Aku pon ikot jela. Waktu kat cafe jumpa kawan-kawan sekolah Taayah dulu, Ijah dengan Syaqi. Seronoknyaa duk UIA. Suasana dia macam dekat sekolah dulu. Rinduu...

Lepas zohor, Aku dengan Adilah pergi jalan TAR. Tengok-tengok barang, beli sikit-sikit. Terjumpa pulak Heliza Helmi dengan Sham Kamikaze. Bicara santai pasal zakat.



Lepastu kami balik uia dekat nak malam jugak, adilah kena study sebab dia ada mid exam jumaat depan ni. Aku pon kena siapkan presentation nak present hari isnin ni (esok). Duduk buat kerja kat bilik kawan adilah. Adilah jugak namanya, haa sudah aku pening bila aku panggil dilah dua dua pandang.

Adilah kawan Adilah tu suka jamu tetamu makan. haha pagi tadi breakfast dekat bilik dia. Buat roti sandwich. Sedap. Makan pagi sambil pikirkan macam mana nak balik. Aku dengan Adilah akan pisah kat KL sentral. Dilah tak pernah lagi balik Uni dia naik KLIA transit. Aku pon akan sorang2 balik ke UiTM Puncak Alam. Tapi Alhamdulillah aku dengan dia selamat sampai dah kat tempat belajar masing-masing.

Sedih waktu berpisah tu. Kawan baik susah nak cari. Rindu kawan-kawan sekolah dulu. Seriuos sedih sangat nak tinggalkan UIA rasa macam nak belajar kat sana je. Semoga Allah mudahkan jalan yang kita tempuh ni. Tiada daya kekuatan melainkan dari DIA. Study Molek adilah! Ada rezeki kita jumpa lagi, insyaAllah..

Till we meet again..


Friday 30 August 2013

MERDEKA! MERDEKA!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum :')


Yeayyy, esok merdeka! hahha, seronok tak? Rasa seronok tu dah kurang kan. Kalau masa sekolah dulu mesti rasa kan. Jom cerita pasal sambut merdeka masa dekat sekolah dulu :D

Dah menjadi adat sekolah aku, bila naik form 4, akan masuk kawad kaki kebangsaan yang akan diadakan pada hari merdeka. Sambutan peringkat Negeri Perak. Lawan kategori sekolah  & IPT.

Kami Batch 45 SERATA :')

So, bila dah dekat hari merdeka, aku rasa dua bulan sebelum kot, ada pemilihan kontinjen kawad kaki kebangsaan. Askar yang pilih mehh. Dan yang train pon askar tu. Namun, apakan daya askar-askar tu hanya melatih kami sekejap je. Tak tahu kenapa dia dah takmau nak train kami lagi dah. Tapi takpe, kami tak putus asa. Takde trainer pon boleh berjaya, Alhamdulillah kami kuatkan semangat, berlatih sendiri. Sedihkan.

Kami semakin giat berlatih bila merdeka dah nak dekat. Satu hari tu, ayah kepada senior kami nampak kami berlatih dan offer dirinya untuk jadi trainer. Oh yeahhh, Alhamdulillah, baik sangat hati pakcik. Moga Allah murahkan rezeki. Sejak haritu pakcik bakri yang train kami. Beliau juga seorang polis.

Sementara tunggu persembahan depan pentas diraja selesai. Lama tau. Lenguh diri

Pada hari kejadian, pergghhh sangat bersemangat! Ramai juga yang pelik kami kawad pakai baju kurung. Takda masalah pon pakai baju kurung kan. haha lain sikit. Entah dah memang jadi adat sekolah Taayah. Aku tak ingat kami kena kawad berapa kilometer tapi rasanya jauh jugaklah nak pusing balik dekat padang Ipoh tu. Start dekat padang Ipoh and habis pon dekat situ. 

Banyak penyertaan masa hari tu, daripada jabatan kerajaan sampailah ke sekolah sekolah. Bukan kawad je yang ada, banyak lagi. Entah dah tak ingat. Lama dah masa aku form 4, dah 5 tahun dah.

Haha! pandang hormat depan pentas vvip. Gambar dari The Star (paper keesokan harinya)

Masa lalu depan pentas ni aku ingat lagi, Raja puan besar perak, Tuanku Zara (Isteri raja muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah) sangat bersemangat masa kami lalu. Tuanku Zara tepuk tangan sampai berdiri :D wah wah. Alhamdulillah, esoknya keluar paper The Star. Sebab Kami JUARA!! Yeayyyy, Menang No1 komeee!

Petang tu, pasukan yang menang ada majlis minum petang dengan Sultan perak, permaisuri, raja muda perak, raja puan besar perak dan vip lain. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat!
Hard work paid off! :D
Hadiah seterusnya kami pergi bercuti di Terengganu, jalan jalan kat sana :)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Okay. Cukup dengan kisah kawad masa sekolah. haha, excited sangat nak cerita. Semua tu kenangan. Hurmm, nak tanya apa maksud kemerdekaan yang sebenar?

Ya, Alhamdulillah Malaysiaku dah merdeka sejak tahun 1957. Bebas dari penajajah. Tapi pernah terfikir tak ada sesuatu lagi yang kita belum bebas? Apa dia?

PEMIKIRAN. Ya, serangan pemikiran. Rata-rata rakyat Malaysia belum bebas lagi dari serangan pemikiran. Lihat saja anak anak sekarang, apa yang telah terjadi? Mereka cepat dipengaruhi dengan budaya yang tak sihat. Budaya dari Korea, Jepun, barat, dan entah apa lagi.

Beribu kes buang bayi, zina, minum arak, bunuh, rompak, pecah rumah, apa lagi? Dah macam biasa sangat. Apa nak jadi dengan Malaysia yang akan datang jika pemimpin pelapis rosak akhlaknya? Allahuakbar, lihat di Mesir, Syria, Palestin sana, mereka belum bebas dari cengkaman manusia zalim, tapi hati mereka, pemikiran mereka MasyaAllah, hebat! Al-quran sentiasa di hati. InsyaAllah kemenangan besar akan muncul buat mereka tak lama lagi. Malaysia bagaimana? 

Kalau nak tahu, umat Islam zaman dahulu sangat hebat! Umat Islam zaman dulu pernah memayungi 2/3 dunia. Islam sebagai rujukan seluruh dunia. Apa rahsia mereka kalau bukan meletakkan Allah adalah segala-galanya. Semua yang mereka buat adalah kerana Allah. Allahurabbi. Tepuk dada tanya iman kita macam mana.

Terpulang kepada anda semua untuk menyambut kemerdekaan dengan cara yang bagaimana. Fikirkan lah keredhaan Allah. Tanpa redha Allah siapalah kita....

Selamat menyambut hari kemerdakan yang ke 56 & happay holiday :)


Wednesday 21 August 2013

Nikah di Masjid?




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum :')


Alhamdulillah, ramai yang memilih tarikh untuk bernikah lepas raya ni. Tahniah anda telah berpijak lagi satu tangga dalam 7 maratib amal iaitu berumah tangga atau Baitul muslim :')


Teruskan melangkah dengan jayanya untuk membina Ustaziyatul Alam


Dan ramai juga yang memilih masjid tempat berlangsungnya acara akad nikah. Ianya bagus, masjid rumah Allah menjadi saksi pernikahan antum. Tapi yang mencemarkan kesucian masjid itu adalah perbuatan kita sendiri. Tindakan kita sendiri menyebabkan majlis yang penuh barakah dicemari. Permualaan sesuatu mestilah dengan kebaikan tambah lagi permualaan dalam membina keluarga.

Antara perkara yang menghilangkan keberkatan ketika majlis akad nikah di masjid:

#1. Percampuran lelaki perempuan. Sedia maklum bahawa sepupu sendiri bukan mahram kita. Abang ipar, adik ipar lelaki juga bukan. Kehadiran kawan kawan. Jadi ketika majlis berlangsung, kemungkinan untuk bercampur antara lelaki dan wanita itu ada. Dalam kita tak sedar sebab semua sedang sibuk menjayakan majlis.


#2. Aurat. Hal ini amat parah tambah lagi bagi wanita. Langsung tidak menghormati rumah Allah. Ada yang tidak bertudung masuk ke masjid. Yang bertudung juga tidak sempurna mengikut syariat islam. Tabarruj. Bagaimana keberkatan mahu datang? Sedangkan suruhan Allah diabaikan.


#3. Wanita haid. Perkara ini juga sering dipandang remeh semata mata untuk tidak rugi jika terlepas melihat reaksi pengantin ketika akad nikah dijalankan. Tapi lupa akan garis yang Allah telah tetapkan. Malah pengantin perempuan itu sendiri dalam keadaan haid. Allah, macam mana tu?

Rujukan 1 tentang wanita haid : e-fatwa

Click untuk lihat lebih jelas


Rujukan 2 tentang wanita haid : Dari Youtube hukum wanita haid masuk masjid-UAI


Hukum akad nikah mengikut ulama' adalah  #1. sunat , #2. Harus. Kesimpulannya,  BOLEH nak buat akad nikah di masjid. Saya tidak katakan tak boleh, cuma saya mahu antum  fikirkan, kita mahu keberkatan tapi kita sendiri yang menyebabkan keberkatan itu hilang. Kalau boleh jaga adab-adab di masjid ketika akad nikah Alhamdulillah, tak jadi masalah nak nikah di masjid.

Idea untuk menulis tentang ini tercetus sewaktu majlis pertunangan kakak saudara saya, Bapa saudara saya telah menjelaskan kepada keluarga bakal menantunya bahawa, akad nikah beliau mahu adakan di rumah. Beliau sertakan dengan hujah. Alhamdulillah, bapaku juga berfikiran yang sama. Kakak buat akad nikah dulu dirumah :)

Tak perlu mengikut trend jika ianya tidak mendatangkan kebaikan. Islam itu mudah, jangan dipermudahkan.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, kita jangan marah orang nak akad nikah di masjid tapi kita marahkan perbuatan mereka yang tidak menghormati masjid ketika akad nikah. Lihat video untuk keterangan lanjut. Tak lama, 2 minit je :')




Selamat pengantin baru buat semua yang nak kahwin! Mabruk! Moga Allah Redha, insyaAllah  :')


Monday 19 August 2013

Bubur Perak



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum! sebelum baca entry ni jom sama sama doakan umat islam di MESIR. Semoga Allah menjatuhkan bala kepada Fatah Al-Sisi dan anjing-anjingnya. Semoga Allah menyatu padukan umat islam seluruh dunia untuk berjuang mempertahankan agama Islam. AMIN. InsyaAllah

Semua orang dah start kerja. Budak sekolah pon dah mula kelas harini. So, weekdays alamatnya duduk rumah jela sambil online. Weekends baru jalan pergi ziarah saudara mara/ kawan kawan abah ummi. Takpon attend kenduri kahwin. Semua pakat nak kawen lepas raya ni. Anyway congratulation to my friend Khadijah Khairudin & Suami. Barakallahu lakuma. Semoga jadi isteri Solehah iejah :D dapat zuriat yang soleh wa musleh. InysaAllah.

Hari ahad (semalam) Alhamdulillah pergi ziarah besan my parents. Dekat bota. Makan tengah hari kat sana. Sedap sedap lauk pauk semua. Laksa pon. Kuih raya lagi. Allah penuh perut. Alhamdulillah. Tapi habis langgar pantang larang yang aku cipta khas sempena lepas raya. HAHA, habislaa. Eheh tak masuk masuk lagi cerita pasal tajuk entry ni. haha

Sebenarnya keluarga abang ipar aku ada buat business keluarga iaitu berniaga bubur. BUBUR PERAK nama dipilih. Kalau nak tahu dah dua kali masuk TV :D wah wah.



Ada buah buahan tempatan.

Pau buatan Muslim.

 Deretan bubur. Ada 11 jenis semuanya.

Terletak di Titi Gantung, Bota

credit info tentang bubur perak : Akak & Abang Ilman.

Di bubur perak boleh makan bubur campur campur. Campur 3, 4, 5, , 6 jenis bubur,  yang nak campur 10 jenis pon ada. Semua bubur boleh campur kecuali bubur lambuk. Sebenarnya, nama bubur perak adalah sempena kombinasi warna 3 jenis bubur iaitu Bubur pulut hitam, jagung & gandum yang membawa 3 warna bendera perak. Putih, kuning & hitam :')

Harga sangat berpatutan, RM 2.50 setiap bubur. Harga sama makan situ & bungkus. Kalau datang perak singgah la ke Bubur Perak. 

On the way balik dari bota singgah ke sekolah rendah islam nurul iman, Kg Gajah. Ada bacaan yassin & jamuan hari raya. Makan lagi kann. hahaha, apa nak buat. 


Batrisya adik bongsu

Okay. Sehingga ketemu lagi! Assalamualaikum :)





Friday 16 August 2013

MESIR : Urusan Kita.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum! It's Jumuah, yaumul barakah. Kepada sesiapa yang masih sakan beraya atau masih online sambil lewa tanpa cakna dengan hal umat islam seluruh dunia, saya mohon untuk tuan puan lebih prihatin tentang saudara kita di MESIR tatkala ini sedang bermandi darah. AllahuAkbar! Sungguh ngilu perit apa yang telah berlaku. Tapi saya rasa pembaca blog ini semua dah tahu malah mungkin lebih tahu lebih dari saya tetang ISU MESIR ini. Alhamdulillah.

1. Kepada sesiapa yang belum tahu apa apa tentang isu mesir boleh baca blog Inche Gabbana KonflikMesirUntukDummies

2. Untuk mendapatkan update terkini tentang mesir, boleh like page MesirKini.

Jangan pernah jemu dengan isu umat islam ditindas. Jangan rasa perkara ini biasa jadi kita tak ambil peduli langsung tentang ummah. Jangan pernah, sekali pon jangan. Ini menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha tak kira kita jauh atau dekat kerana mukmin itu bersaudara. Cubit paha kanan paha kiri terasa.

(credit)

Mereka telah syahid. Kita di sini belum tahu pengakhiran hidup yang bagaimana, Semoga mati dalam Husnul khotimah. Ayuh tembakkan doa Qunut Nazilah kepada orang-orang yahudi & pengkhianat agama islam. Doakan bersungguh sungguh. Kita tak tahu amal soleh yang mana yang dipandang oleh Allah.

(credit)



Akhirul kalam,



InsyaAllah, ilalliqa'.


Thursday 18 July 2013

Ibu dia baru meninggal dunia



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Waktu solat asar lagi 10 minit nak masuk,  Aku dan sahabat lain bergerak menuju ke dewan solat utama. Kami ada program di masjid tersebut dari semalam. Harini jemaah pada waktu asar tak seperti semalam. Macam ramai.

" Eh, kenapa macam ramai je. Ada orang nak nikah ke?" Aku tanyakan pada salah seorang sahabat.
" Ye la kot. Macam pelik je" Sahabat menjawab.
" Tapi mana ada orang kahwin dalam bulan puasa laaa" Aku pulak jawab. Kami pon gelak haha sebab memang jarang orang nak kawin dalam bulan Ramadhan. 

Selesai ambil wudhuk, sementara menunggu azan tiba tiba kami dilewati oleh sekumpulan jemaah lelaki mengangkat keranda. KERANDA?? yes. keranda. Aku jadi macam terdiam. Seram sejuk. Bukan takot sebab hantu mayat ke ape. Tapi terkejut, dah lama sangat tak tengok jenazah dengan mata sendiri. Ya Allah. Rupanya orang ramai tadi merupakan waris si mati. Nak solat jenazah selepas solat asar.

Habis solat asar, imam mengumumkan untuk solat jenazah. Ya Allah lagi sekali berdebar sebab first time nak solat jenazah nii. Aku pon tanyakan pada makcik sebelah, nak baca ape ye? Betapa teruknya aku, pernah belajar masa sekolah dulu. Siap ada amali lagi. Itulah belajar bukan kerana Allah, sebab tu lupa dan sebab tak amalkan.

Setelah solat jenazah ditunaikan, imam membacakan doa.



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Maksudnya :Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia (Imam membacakan baca versi jenazah wanita sampai akhir). Aku pon terfikir, cukupkah dengan doa ini mengampunkan dosa dosa kita buat ketika hidup? Sungguh Allah lebih mengetahui. Ya Allah. Memang petang tu rasa sayu je. Tambah lagi dalam bulan Ramadhan, bulan berkat. Ada sahabat dah menangis dah pon.

Usai doa, wakil keluarga memberi ucapan. Masa itu lah dia cakap yang meninggal tu arwah ibunya. Kalau ada hutang boleh tuntut. Aku tengok ahli keluarga si mati menangis.Merah merah mata. Aku pon sedih jugak. Allahuakbar. Aku tengok sampai lah keranda diangkat keluar dari masjid.

Memang rasa sangat dekat kat hati. Tersentuh. Ya Allah, apa bekalan yang aku bawa jika aku mati sekejap lagi? Ingatlah bahawa mati itu pasti dan sangat hampir. Benarlah, kematian yang berlaku di sekeliling kita adalah satu peringatan.

Wahai sahabat, saya share kan semua ini untuk kita semua mengingati mati. Betapa mengingati kematian itu perlu. Bukan ingat sahaja tanpa berbuat apa-apa, tapi berusaha untuk kita menghadapinya. Semoga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khotimah. InsyaAllah.



Al-Fatihah buat kedua ibu-bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. 


Saturday 13 July 2013

.::They Need Us::.




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Asslamualaikum! Ramadhan kareem. Jom jadi umat islam yang cakna dengan hal sekeliling. Nasib umat islam di Syria, Mesir, Palestine, Malaysia dan dimana jua. Kelak akan disoal di akhirat. Sudah kah kita bersedia? Allahuakbar, tepuk dada tanya iman.










(boleh LIKE page tu untuk dapatkan lebih info)

Mampukah kita mendiamkan diri? Sambil berdoa hulurkan sumbangan kepada mereka. Mereka sangat-sangat memerlukan. Serahan MEGA 20 Julai 2013, InsyaAllah.




Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Albaqarah: 261)

Thursday 11 July 2013

Kertas Jawapan Exam Hilang, Apa nak buat?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Tengah hari tu, mak aku kejutkan aku cakap ada call. Aku pon terpisat-pisat bangun pergi jawab talifon. Talifon rumah. Pelik kenapa tak call handphone je. Baru beberapa jam aku sampai rumah dari puncak alam. Aku penat sangat sebab malam tu tidur sejam je. Kemas barang.

"Hello.." Aku mulakan.
"Cik Nur Fadhilah ye?" Disana bertanya. Gaya suara macam orang jaga kaunter. Kaunter pendaftaran/pertanyaan. Haa lebih kurang la.
" Ya saya" Aku ngantuk lagi.
" Macam ni, kertas jawapan cik Fadhilah untuk exam yang last haritu hilang. Kami dah try cari tapi tak jumpa. Jadi kami minta cik fadhilah datang petang ni jawab lagi sekali." Panjang lebar.
Aku macam tak percaya. Macam percaya jugak. 'Jawab lagi sekali?' Macam mengarut pon ada. hmmm apa nak buat ni?
"Err tapi saya baru sampai rumah."
"Oh. Takpa. Kalau macam tu datang esok. Amik Opto kan?"
"Aah.opto.."  
Datang esok macam tak mungkin. Hmm ape nak buat niiiii macam mana boleh hilang. Sapa yang cuaii, adoii. Dah la hari first puasa.
Tiba-tiba orang yang call tu gelak. CIS! hahaha rupanya kakak aku kenakan aku. Aku pon main percaya je laaaa sebab tengah mamai. Ishhh geram betul. Cuak haihhh, nak jawab lagi sekali? takkan takda cara lain. huh. haha.

Rupanya dia call sebab nak mintak tolong blend kan gula untuk buat kuih. Blender kat rumah dia gula taknak hancur. Dulu masa dia belum kawin aku yang tolong, sekarang ni dia buat sendiri la. Kalau nak tahu, kakak aku ada buat bisnes kuih semperit. Resepi keluarga turun temurun, cair dimulut. cewah. Kalau nak order boleh la. Sebalang 50 biji RM 18.




Malam tu kakak datang rumah nak amik gula yang dah blend tapi aku tidor haha tak buat pon. Sorry^^. Lastnya umi bagi dia blender tu haa senang haha. Okay. Tak terlambat lagi nak ucap Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak. Semoga Ramadhan ni lebih baik dari yang lepas. InsyaAllah.



Monday 24 June 2013

Karnival Mahabbah IKIM.fm



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Karnival Mahabbah ikim.fm dah berlangsung & telah menutup tirai semalam. Berlangsung selama 3 hari (21 -23 jun) di bulatan bazarina Stadium Malawati, Shah Alam. Biarpun jerebu semakin kuat melanda negeri selangor, ramai juga yang hadir bagi memeriahkan karnival. Kami pergi pada hari kedua.

Alhamdulillah, aku pergi dengan family. Lepas breakfast di puncak alam, terus gerak pergi shah alam. Tak jauh pon, dalam setengah jam je.

Kami sampai tepat jam 10.30 pagi, slot Islam itu Indah bersama ustaz Ebit lew baru je nak mula di pentas utama karnival dan bersiaran langsung di radio ikim.


Ustaz Ebit Lew dan Dj Mazlina Alias

Abah tanya soalan pada ustaz Ebit

Seronok beno le budak2 dapat melompat atas ni

Adik dapat belon

Slot kedua. Segmen di dapur bersama Chef Zamir (yang tengah), Masterchef musim1 
Bersama Dj Nik Hasnah & Dj faiz

Pergi booth ikim dapat beg. Dalam tu ada kipas, buku nota & sticker kereta

Okay tu je. Tak ambil gambar banyak sangat. Kalau nak tengok lagi pergi ke fb rasmi IKIM.fm. Banyak lagi program menarik dan booth jualan sepanjang karnival tapi kami dah balik dah. InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi.

 Musim jerebu ni kena banyak berdoa. Tambah lagi tengah bulan Syaaban. Dah hampir pada bulan Ramadhan. Semoga amalan kita semua diterima Allah. Selamat berbuka bagi yang puasa harini :D

Jerebu di sekitar uitm puncak alam.

Assalamualaikum :')