Friday 16 August 2013

MESIR : Urusan Kita.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum! It's Jumuah, yaumul barakah. Kepada sesiapa yang masih sakan beraya atau masih online sambil lewa tanpa cakna dengan hal umat islam seluruh dunia, saya mohon untuk tuan puan lebih prihatin tentang saudara kita di MESIR tatkala ini sedang bermandi darah. AllahuAkbar! Sungguh ngilu perit apa yang telah berlaku. Tapi saya rasa pembaca blog ini semua dah tahu malah mungkin lebih tahu lebih dari saya tetang ISU MESIR ini. Alhamdulillah.

1. Kepada sesiapa yang belum tahu apa apa tentang isu mesir boleh baca blog Inche Gabbana KonflikMesirUntukDummies

2. Untuk mendapatkan update terkini tentang mesir, boleh like page MesirKini.

Jangan pernah jemu dengan isu umat islam ditindas. Jangan rasa perkara ini biasa jadi kita tak ambil peduli langsung tentang ummah. Jangan pernah, sekali pon jangan. Ini menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha tak kira kita jauh atau dekat kerana mukmin itu bersaudara. Cubit paha kanan paha kiri terasa.

(credit)

Mereka telah syahid. Kita di sini belum tahu pengakhiran hidup yang bagaimana, Semoga mati dalam Husnul khotimah. Ayuh tembakkan doa Qunut Nazilah kepada orang-orang yahudi & pengkhianat agama islam. Doakan bersungguh sungguh. Kita tak tahu amal soleh yang mana yang dipandang oleh Allah.

(credit)



Akhirul kalam,



InsyaAllah, ilalliqa'.


1 comment:

  1. Moga Allah memberi kemenangan pada hamba Nya yang berjuang untuk Nya.. dan menghancurkan orang yg mahu menghancurkan agama Allah..
    Terkilan tgk gambar2 syuhada' di Mesir..

    ReplyDelete