Wednesday, 13 March 2013

CONTACT LENS



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Minggu ni merupakan minggu kedua untuk sem ni dan harini adalah lab contact lens kali yang ke dua. Tugas kali ini adalah memasukkan & mengeluarkan kanta lekap ataupon contact lens. Ini lah kali pertama aku pakai contact lens dan kali pertama jugak pakaikan kat orang :D

My lab partner is doing keratometry on me to calculate the base curve.

Being a first time wearer mestilah risau, tapi kena cool, sebab semua ni ilmu dan tanggungjawab. Ada beberapa step untuk pakai contact lens.

  1. Basuh tangan dengan sabun. Pastikan benar benar bersih dan kuku mestilah pendek.
  2. Cuci contact lens menggunakan Multi purpose solution & normal saline solution
  3. Barulah lekapkan pada mata.

Multi-purpose solutin (MPS) & normal saline solution.

Takda apa yang nak dirisaukan, yang penting ikut arahan. Bila contact lens betul betul dah terlekap atas cornea MasyaAllah, rasa macam ade benda asing dan sejuuuuuuk haha. Tapi syukur lama lama boleh adapt. Tak susah pon sebenarnya nak pakai. Risau je lebih.

Sepatutnya kena pakai untuk both eyes. Tapi mata belah kanan aku ni ade ketumbit baru muncul malam semalam. Madam cakap boleh je pakai tapi sebab ade gatal gatal so better tak payah lah. 

Steps nak masukkan contact lens tu senang,  nak remove kan tu pon senang. Syukur, Segala Puji Bagi Allah, semuanya berjalan dengan lancar. 

Kat sini ada pesanan sikit kalau nak/teringin pakai contact lens

  1. Check mata sebelum nak pakai.
  2. Jaga kebersihan. First class hygiene.
  3. Jangan beli contact lens dekat pasar malam atau internet. Sangatlah merbahaya.
  4. kalau mata dah mula merah, sakit dan penglihatan jadi kabur, berhenti pakai contact lens. Dapatkan rawatan dengan segera
  5. Belilah daripada registered optometrist.
Ingat! pemakaian contact lens boleh menyebabkan BUTA jika tidak patuh arahan dan tak ambil kisah pasal kebersihan. Sayangilah mata anda kerana nikmat mata sangat berharga. Gunakanlah nikmat yang Allah beri dengan sebaiknya insyaAllah. Itulah tanda tanda orang yang bersyukur.


Gambar ni yang ada kat lab manual,
manalah aku tak gayat :P




Jazakallahu khairan kathira (",)

12 comments:

  1. jom jdi patient contact lens.. hoho

    ReplyDelete
  2. wahh baru tahu..nk jadi optometry eh? bestnya ^^ goodluck :)

    ReplyDelete
  3. apa beza MPS & normal saline ea? sebab harga lain2.. bleh ke lens rendam dlm normal saline je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MPS function dia macam sabun. Rendam contact lens dalam MPS. Saline macam air, lepas cuci dgn MPS, basuh dengan saline.

      Delete
    2. o i see.. thanx a lot! ^^

      Delete
    3. maknanya 2x wash la kan. MPS dan saline

      Delete
    4. betul betul betul (gaya upin ipin) :D

      Delete
  4. cesss, xleh right click plak dah! orang nak amik n save gmbar sdri pun x boleh :P :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. protected. nak bluetooth jela :D

      Delete