Thursday 28 February 2013

First



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


This is my first entry. Dah lamaaa sangat teringin nak buat blog, syukur harini baru kesampaian. Dengan izin Allah :)

Kita boleh tulis apa sahaja yang kita suka. Tapi biarlah ianya mendatangkan maafaat kepada orang yang membacanya. Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Boleh jadi saham di akhirat nanti InsyaAllah.

Rasulullah bersabda,


"Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara. Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"

Highlight sikit kan dekat ilmu yang bermanfaat. Bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Apabila kita sudah tiada, inysaAllah pahala itu akan berterusan. 

Walaupon saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang semua ni. At least kita berusaha untuk memperbaiki diri. Sama sama kita kongsi ilmu yang ada dan amalkan. Insya Allah.

Sabda Rasulullah:


"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat"

Semoga usaha ini di redhai Allah. Jika ada saya tersalah tulis atau menyakiti hati orang lain, mohon ditegur dengan cara berhemah :)




Maha Suci Allah, ciptaan Allah memang sangat cantik ! Tadabbur alam :D




Jazakallahu khairan kathira ('',)

2 comments: