Sunday 17 March 2013

Ya Hanana :)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Assalamualaikum




Persatuan Rakan Masjid UiTM Puncak Alam telah menganjurkan satu program yang cukup hebat bagi saya kerana program itu telah mengajak orang ramai, pelajar UiTM khususnya ke arah mencintai Rasulullah dan juga cinta akan ilmu. 


Poster


Majlis dimulakan dengan doa memohon keberkatan Ilahi. Seterusnya diikuti dengan alunan Qasidah oleh kumpulan Qasidah Al-Busyiri. Maha Suci Allah, persembahan yang sangat mempersonakan, tambah lagi kumpulan Qasidah terdiri daripada kanak-kanak. 


Comel kan. Pakaian sunnah


Kemudian berlangsung forum yang disampaikan oleh 2 orang ahli panel yang cukup berilmu. Dimana kata kata beliau merupakan mutiara mutiara yang boleh menyentap hati yang penuh dengan dosa. Astaghfirullah, mari perbanyakkan istighfar. 

Kiri : Ustaz Huzaif
 Tengah : Moderator
Kanan : Ustaz Md Nor

Sedikit perkongsian daripada forum :

Satu soalan yang dilontarkan oleh ustaz Huzaif pada muqaddimah bicaranya yang membuatkan seluruh dewan terdiam dan berfikir sejenak,

"Adakah kita pernah sujud SYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad?"


 MasyaAllah, semua hadirin tertunduk. Masing masing menjawab dalam hati. Rasulullah insan mulia. Kita dituntut untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Mencintai Rasulullah, menghidupkan sunnah Rasulullah di akhir zaman ini. 

Allahuakbar, jika kita anggap semua ini payah atau susah, ingatlah sesungguhnya Syurga itu Mahal. Semoga kita mendapat Syafaat Baginda di akhirat kelak.

Selain itu, ustaz menekan kan bab ilmu. Pengajian mesti berkitab & berguru. Bukan cari dekat google.

Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang yang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (HR Al-Bazzar) 



Ilmu fardhu Ain yang WAJIB dituntut, 


Ilmu Tauhid
Ilmu Feqah
Ilmu Tasawuf


Berdasarkan hadith Rasulullah,

 طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ 
" Menuntut Ilmu wajib keatas tiap-tiap Muslim"


Ustaz juga berkata, 

"Setiap degupan jantung, setiap hembusan nafas, setiap kerlipan mata, setiap denyutan nadi dikira berdosa disisi Allah andai tidak sempurna ilmu fardhu ain kita"

 Allahuakbar, sekali lagi jiwa tersentap. Selama ini aku sibuk mengejar ilmu dunia. Ayuh sahabat sahabat, marilah sama sama kita menuntut ilmu fardhu ain yang sah sah memang wajib ke atas kita semua.

Tak salah nak mempelajari ilmu dunia malah kita juga dituntut untuk belajar ilmu fardhu kifayah. Tapi jangan lah sampai kita tolak tepi kewajipan kita untuk menuntut ilmu fardhu Ain.

 Kita kena sentiasa  berdoa semoga Allah memilih kita untuk mempelajari ilmu NYA di samping kita juga perlu berusaha mencari ilmu ilmu tersebut.





Ustaz Md Nor orang berpengalaman. Banyak pengalaman berharga yang beliau kongsikan yang boleh dijadikan pengajaran. Beliau juga ada mengarang buku. Antara perkongsian berharga, beliau berkongsi akhlak & cara hidup Rasulullah yang kita patut contohi, antaranya :

1. Bermanis muka. SENYUM. Ini juga ciri ciri Ahli syurga
2. Rambut paras cuping telinga, belakang paras bahu (untuk lelaki)
3. Cara tidur Rasulullah, mengiring sebelah kanan dan menghadap kiblat.


Akhirul kalam, blog ini merupakan satu perkongsian. Aku juga tidak sempurna. Harap yang baik dapat dijadikan teladan. Jika ada yang terasa dengan kata kata diatas ampun maaf dipinta. Moga kita berada dalam keampunan dan rahmat Allah, InsyaAllah :)




No comments:

Post a Comment