Thursday 4 April 2013

New & Old



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum


Salam hari jumaat yang penuh barakah. Kalau ikut islam, masuk maghrib dah masuk hari baru. Sebab tu kita bukak puasa bila waktu maghrib dah masuk bukan pukul 12 malam. Sempena hari Jumaat yang mulia ni jom lah beramai-ramai membaca surah al-kahfi, sebab banyak manfaatnya insyaAllah. Antaranya,

Daripada Umar berkata : Nabi Muhammad SAW telah bersabda : " Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat"
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir] 
Imam Ahmad berkata : " Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad SAW, baginda telah bersabda : " Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permualaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal"
[ riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi dari[ada Qatadah ] 



Nak baca surah yassin pon tak salah :) Kembali kepada tajuk entry,  الحمد لله aku dah buat spect baru :D sebab spect lama dah pecah. Maklum lah rimless kurang protection. hehe. Depend jugak atas tuannya.  Spect baru aku senior yang buat. Aku check mata dan tempah spect baru di Ui vison Care, UiTM Puncak Alam. Bertempat di FSK 2 3 4, level 2. Harga sangat berpatutan. Mohon datang beramai-ramai demi kesihatan mata anda. Promote pulak kan :D

Alignment dah tak sama *spect lama*
aku salotip haha, gagah nak pakai jugak 

Spect ni pecah masa stduy week sem lepas. Agak lama dah. Masa tu nak exam, so aku malas dah nak pi cek mata and buat spect baru. konon nak me'maximum'kan penggunaan masa untuk study hehe. Lama jugak aku pakai spect ni, cuti sem pon pakai jugak. Sebab nak buat dekat kedai spect uitm, kena lah tunggu sem baru bukak. 

Minggu first sem 4 ni aku pon pergi check mata and buat spect baru. Tapi disebabkan duit yang ciput ciput waktu awal sem ni, minggu lepas baru aku amik spect baru ni. Padahal dah 2 minggu dah siap. الحمد لله 


Full frame metal :)

Spect ni color brown. Dulu pon aku dah penah pakai full frame metal waktu dekat matrix. Tapi fesyen lain sikit. Walaupon aku suka rimless, tapi takpelah. Mungkin lain kali. 

Nak pesan dekat sesiapa yang rabun. Kalau dah ada rabun, pakailah spect. Jangan hanya waktu tertentu saja kita pakai contoh masa dalam kelas. Kalau tak pakai nanti power akan makin naik, sebab bila tak pakai kita akan paksa mata untuk melihat dengan jelas. Lama lama mata akan penat. Kesian mata kita.  Apa apa pun hargai lah anugerah mata yang Allah telah kurniakan :)



Jom selawat banyak banyak





Terima kasih :)

3 comments: