Monday 19 August 2013

Bubur Perak



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum! sebelum baca entry ni jom sama sama doakan umat islam di MESIR. Semoga Allah menjatuhkan bala kepada Fatah Al-Sisi dan anjing-anjingnya. Semoga Allah menyatu padukan umat islam seluruh dunia untuk berjuang mempertahankan agama Islam. AMIN. InsyaAllah

Semua orang dah start kerja. Budak sekolah pon dah mula kelas harini. So, weekdays alamatnya duduk rumah jela sambil online. Weekends baru jalan pergi ziarah saudara mara/ kawan kawan abah ummi. Takpon attend kenduri kahwin. Semua pakat nak kawen lepas raya ni. Anyway congratulation to my friend Khadijah Khairudin & Suami. Barakallahu lakuma. Semoga jadi isteri Solehah iejah :D dapat zuriat yang soleh wa musleh. InysaAllah.

Hari ahad (semalam) Alhamdulillah pergi ziarah besan my parents. Dekat bota. Makan tengah hari kat sana. Sedap sedap lauk pauk semua. Laksa pon. Kuih raya lagi. Allah penuh perut. Alhamdulillah. Tapi habis langgar pantang larang yang aku cipta khas sempena lepas raya. HAHA, habislaa. Eheh tak masuk masuk lagi cerita pasal tajuk entry ni. haha

Sebenarnya keluarga abang ipar aku ada buat business keluarga iaitu berniaga bubur. BUBUR PERAK nama dipilih. Kalau nak tahu dah dua kali masuk TV :D wah wah.



Ada buah buahan tempatan.

Pau buatan Muslim.

 Deretan bubur. Ada 11 jenis semuanya.

Terletak di Titi Gantung, Bota

credit info tentang bubur perak : Akak & Abang Ilman.

Di bubur perak boleh makan bubur campur campur. Campur 3, 4, 5, , 6 jenis bubur,  yang nak campur 10 jenis pon ada. Semua bubur boleh campur kecuali bubur lambuk. Sebenarnya, nama bubur perak adalah sempena kombinasi warna 3 jenis bubur iaitu Bubur pulut hitam, jagung & gandum yang membawa 3 warna bendera perak. Putih, kuning & hitam :')

Harga sangat berpatutan, RM 2.50 setiap bubur. Harga sama makan situ & bungkus. Kalau datang perak singgah la ke Bubur Perak. 

On the way balik dari bota singgah ke sekolah rendah islam nurul iman, Kg Gajah. Ada bacaan yassin & jamuan hari raya. Makan lagi kann. hahaha, apa nak buat. 


Batrisya adik bongsu

Okay. Sehingga ketemu lagi! Assalamualaikum :)





12 comments:

  1. wah. bubur campur tu dye campur semua bubur dalam satu mangkuk ke?

    batrisya dh besar dah skrg ye. comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mekna, semua bubur campur dlm satu mangkuk :D
      Dah besar banyak cakap. haha

      Delete
  2. Waaa.. ni on the way nak balik kampung boleh la singgah..
    tapi lokasi nyer jelas kan lah lagi :D
    sedap bubur jagung and pulut hitam mmg terbaik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung dekat mana? bubur ni tepi jalan ipoh-lumut. dekat dgn institut pertanian titi gantong, bota.

      Delete
    2. kampung kat perlis.. perjalanan jauh sangat .. so mmg selalu stop kat ipoh perak.. rehat sambil cari tempat makan :D

      Delete
    3. haa elok sangat la tu kalau nak singgah bubur perak, insyaAllah berbaloi-baloi :D

      Delete
  3. arghhh macam best jer bubur gandum tu.. lapo tgk memalam nie..done follow awk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kalau dekat datang la singgah. jauh pon takpe. tq :)

      Delete
  4. salam, fadilah, ni kak azhani, kakak zahidah skolah mti dulu, sekolah srini kg gjh tu,... thun 1 leh duk asrama tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm akak. maaf lah saya memang jarang dah bukak blog ni. boleh boleh, skolah tu boleh duduk asrama :)

      Delete