Monday 31 March 2014

Saat Saat Akhir Seorang Sahabat





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum. Harap semua sihat dalam rahmat Allah.
Dah dah hampir 2 minggu sabahat saya Nur Hidayah (arwah) pergi menghadap Ilahi. Pemergiannya memberi seribu pengajaran kepada kami yang masih hidup. Saya simpulkan sedikit kisah kisah akhir arwah.


16 MAC 2014 (AHAD)

Aku masa tu tengah ada program di Meru. Sementara menunggu yang lain tengah dhuha, aku baca majalah JOM berita kematian Kak Mumtazah Maridi. Kematiannya punca daripda yang berkaitan dengan otak. Tiba tiba kak Busyra macam cemas suruh aku bukak Fb.

Rupanya dah spread news yang kak dayah dah di masukkan ke HKL akibat pendarahan otak. AllahuAkbar. Berita yang sangat terkejut! Sebab hari Jumaat baru jumpa waktu AGM Optometrist. Kak dayah nampak okay. Seminggu lepas jugak baru jalan jalan dengan kak dayah pergi round hospital untuk posting nanti. Allah Allah. Macam macam terbayang.

Habis program petang tu aku dengan beberapa yang lain bergerak ke HKL untuk ziarah. Masa tu Kak dayah dah ada dalam OT. Sangat lama. Dari lebih kurang pukul 1 tengah hari kak dayah masuk. Masa aku sampai waktu asar belom lagi keluar. Lepas solat kami dah nak bergerak balik sebab ada lagi komitmen lain. Ikutkan hati aku nak tunggu lagi.

Kat HKL ramai dah family akak, kawan2 opto dan kawan2 akak yang lain. Akak sangat ramai kawan sebab akak jenis baik dengan semua orang. Siapa yang sampai awal sebelum akak masuk OT dapat la jumpa akak. Diorang cakap dengan akak suruh kuat & mengucap ingat Allah. Akak tak bukak mata tapi air mata keluar melilih ikut tepi. Allah sebak.

Bila dah sampai UiTM, kawan-kawan yang masih tunggu di HKL update yang kak dayah dah keluar OT. Doktor tak dapat nak teruskan operation sebab kawasan yang kena operate tu dah bengkak. Akak kena rehat untuk 2 hari.




Hari Isnin & Selasa kami tak dapat nak ziarah akak kat hospital sebab jadual penuh. Ada group yang takda clinic akan pergi ziarah. Macam tu lah kami bergilir-gilir ziarah. Group aku cadang nak ziarah akak hari rabu. Sangat tak sabar nak tunggu hari rabu tu. Tak sabar nak tengok akak.


17 MAC 2014 (ISNIN)




UiTM puncak Alam buat solat hajat untuk kak dayah. Allah Allah. Doa senjata umat islam. Hanya DIA yang Maha berkuasa menntukan segala sesuatu.


18 MAC 2014 (SELASA)




19 MAC 2014 (RABU)



Pagi Rabu tu aku ada clinical dispensing. Clinic potong spect. Cepat2 nak siapkan sebab nak terus pergi. Sebelum pergi aku makan dulu sementara nak tunggu sorang kawan dari kos lain nak join skali pergi. Kira kira dekat pukul 1 tengah hari baru kami bertolak.

On the way ke HKL, semua tahu KL sangat jam tambah lagi peak hour. Dalam perjalanan kawan darik matrik, Eleena (dulu kak dayah satu matrik dengan aku, KMPk) call nangis-nangis. Eleena cakap sambil nangis sampai aku tak paham apa yang El nak cakapkan. Tapi aku macam boleh agak. Rupanya akak dah pergi buat selamanya bertemu Sang pencipta pada 12.18 tengah hari. انا لله وانا اليه راجعون

Kami meneruskan hajat juga nak ke HKL, bila sampai terus ke ICU tapi arwah dah dibawa ke Jabatan Forensik untuk dimandikan. Kami ke forensik, jumpa dengan family arwah. Semua kelihatan tabah. Suasana suram.

Perjalanan diteruskan ke Putrajaya, rumah arwah. Singgah di RnR untuk solat zohor, terjumpa lagi dengan kawan2 arwah semasa sama sama di matrik. Aku tak dapat tahan sebak.

Bila sampai di surau perumahan arwah, dah ramai dah orang. Family optometry, sanak saudara arwah dan sahabat-sahabat arwah. Kami solat Asar sementara menunggu jenazah sampai untuk disolatkan. Bila Jenazah sampai aku lihat semua orang sebak mengalirkan air mata. Aku jugak. Sangat sedih & sayu keadaan masa tu. Usai solat, jenazah di bawa ke tanah perkuburan umat islam putrajaya presient 20.

Begitu lah sedikit kisah dari saya. Arwah merupakan seorang kakak yang baik. Sangat baik. Semoga pengakhiran akak husnul khotimah. Bila tengok balik instagram, fb, twitter, whatapps akak semua dah ada petanda akak dah nak pergi. Sangat banyak post post terakhir akak tentang kematian. Allahu Akbar :'(

Hari sabtu haritu (29/3/2014) pergi ke rumah arwah, untuk serahkan duit kutipan untuk arwah. Sungguh ramai insan2 prihatin, Alhamdulillah. Macam macam Mak arwah ( Mak arwah lebih selesa dipanggil mak) cerita.

Hari sabtu (15/3/2014) waktu arwah balik ke rumah, mereka sekeluarga pergi berjalan-jalan. Arwah nampak sihat. Bila malam hampir pukul 1 pagi arwah mengadu sakit kepala yang amat sangat. Nak muntah tapi tak terkeluar. Mak suruh mengucap. Arwah mengucap dengan suara yang sangat kuat sampai pecah suara sebab menahan kesakitan yang amat sangat. Oh ya, arwah ada brain aneurysm. Boleh google kalau nak tahu lagi. Arwah sempat mengucap dan minta maaf dekat Mak Ayah & adik beradik sebelum koma. Allah pengakhiran yang baik. Waktu ambulance sampai pon arwah dah koma. Arwah koma, koma dan terus meninggal dunia.

Ya Allah kau tempatkan lah sahabatku di kalangan orang-orang yang beriman. Ampunkan segala dosa dia, rahmatilah dia. Semoga kami yang masih hidup ambil ibrah dari semua ini. Sungguh kematian tarbiyah hati yang sangat hebat.


Al-Fatihah buat Nur Hidayah Bt Norsham. (gambar waktu usrah wida')
Akak merupakan pelajar optometri tahun 3, UiTM puncak alam. Sama kelas dengan akak. Kenapa panggil akak? Sebab akak lahir tahun 1991. Matrik 2 tahun. Alfatihah {11.4.1991-19.2.2014}


Sungguh kematian boleh menjemput kita bila bila sahaja. Allahu Allah, sudahkah kita semua bersedia?


1 comment:

  1. Innalillahi Wa Inna Ilaihirajiun.. Moga Allah Taala menempatkan roh beliau bersama roh2 para syuhada dan para solehen aminn..

    ReplyDelete