Sunday 12 May 2013

FEMOS



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



FEMOS is stand for festival mega sports of health science. Diadakan setiap tahun. Kali ni merupakan kali kedua femos diadakan. Banyak sukan yang dipertandingkan. Setiap kos dibawah fakulti sains kesihatan akan berentap untuk meragut kegalaran juara. Kos kos yang ada dibawah FSK:

Optometry (OPTIMIST)
Nursing (NUSA)
Occupational therapy (PPPCK)
Medical Imaging (MISA)
Physiotherapy (PHYTAS)
Environmental health (EHSAN)
Medical Lab Technology (MELTECH)
Nutrition & dietetic (NADA)

Kita highlight sikit opto tu. Ni bukan bias ye, ni adalah semangat dengan kos sendiri hehe. Yang nama dalam kurungan tu singkatan nama persatuan pelajar setiap kos.

banner femos

Untuk femos ni aku masuk futsal je. Macam waktu femos yang dulu memang join futsal je. Cuma yang beza nya dulu kami menang sekarang kalah :'( sobsobsob. Sedih. Kalah dengan sepakan penalti. Tapi takpa. Allah dah tentukan yang terbaik.

Majlis penutupan femos baru tadi selesai. Aku datang jugak walaupon tak dapat hadiah apa-apa. Datang bagi sokongan untuk optimist. Dah la medal kali ni cantik. huuu, takpelah. FYI, OPTIMIST merupakan juara keseluruhan waktu femos 2012, femos yang dulu. Tapi kali ni tak dapat nak kekalkan kejuaraan. Juara jatuh kepada MELTECH. Tahniah.

Tahniah atlit2 optimist yang bagi full commitment. Yang menang Tahniah, yang tak menang macam aku ni teruskan usaha untuk femos akan datang. 

mascot yang comel :D
Medal johan futsal femos yang dulu (nak jugak letak haha)

Tak banyak gambar pon femos kali ni. femos yang dulu bukan main berfolder2 gambar haha. Lagipon femos kali ni buat hari kelas. Khamis Jumaat Sabtu. Ada games petang & malam. So itu je lah kot pasal femos. Okay. Belajar belajar jugak. Bersukan pon jangan lupa. Akal yang sihat dari minda yang cergas.

Syukran. Salam rejab!



2 comments:

  1. takpe, kita ada lagi dua femos utk join, insya Allah :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. tahniah fatin menang lari :)

    ReplyDelete