Saturday 4 May 2013

PESTA BUKU



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



Selamat Hari Pekerja. hehe, dah lambat baru nak wish. Sebenarnya nak cerita 1 MEI haritu aku pergi jalan-jalan. Pergi pesta buku weheee!. Bestnyaaaa. Aku suka tengok buku banyak banyak. Ada jugak cita cita nak bukak kedai jual buku huhu. Berangan kuat!

Aku pergi dari puncak alam besama-sama 4 lagi kawan. Aku, mira, ika, alya & kak zu. Dalam lima lima ni kak zu je yang tahu jalan. So kalau kak zu sesat kami pon sama sesat. Gerak darik puncak alam dalam pukul 7.30  pagi ambil bas RapidKL U90 then tukar U80 dekat seksyen 2 Shah Alam sampai KL sentral.

Sampai KL sentral, kami naik LRT sampai stesen masjid jamek. kat stesen masjid Jamek lah kami lost sekejap. Lepas pusing naik turun tangga barulah jumpa jalan yang betul :) Dari masjid Jamek tu tukar lrt sampailah dekat stesen PWTC.


Beli token dekat KL sentral. Map ni berguna lah buat first timer pegi KL naik LRT macam aku ni.

الحمد لله kami sampai PWTC dalam pukul 10 lebih. Aku pon mulakan langkah meninjau booth booth buku yang ada. Ada banyak dewan dalam PWTC ni, so booth booth buku ni bukanlah terletak dalam satu kawasan je. Berdewan-dewan dan Bertingkat-tingkat. Jadi kenalah berpandukan MAP, map lagi kan.

booth booth dalam salah satu dewan. Ada lagi dewan dewan lain.

Aku adalah senarai kan tajuk tajuk buku sebelum pergi. Yang penting kena tahu publisher buku tersebut. Boleh gunakan baucer buku. Aku habiskan baucer aku kat sana. huhu, lega rasanya dah habis.

Oleh kerana 1 mei merupaka cuti umum rakyat malaysia. Maka ramai yang nak keluar haritu pergi pesta buku. Allahuakbar! Dalam PWTC sangat sesak dengan orang. STUCK! Seriously. Aku jalan jalan sikit, mira hilang. call pulak lain putus putus. Last nya aku gerak solo je. Cepat sikit hihi. Mira pon sama. Kak zu pon jalan sorang jugak. Ika dengan alya pon lastnya terpisah jugak. hehe. Waktu aku pergi dengan family dulu masa form 5, ayah aku cakap kita bawak tali rapia. Semua pegang tali, abah depan sekali. So, takde hilang hilang. Hehe, lama dah masa tu. 


waktu puncak memang sesak.  Admin ni pon suruh datang petang.


Lama jugak kami dalam tu, puas aku pusing sampai dah hafal dewan dewan dia takyah tengok map dah. Kat sana jumpa ramai senior. Senior masa sekolah dulu, kawan sekolah jumpa sorang je. hehe, maybe yang lain sebok. 

Semua buku dari galeri ilmu, satu je jemari seni. anthem by hlovate :)
Buku seni jahitan tu untuk umi. cara nak buat coklat ni saja aku beli nak try buat, kalau sedap boleh buat bisnes :)

Pusing PWTC punya lah berjam-jam haha, lastnya beli buku dari Galeri ilmu, jemari seni dengan utusan pulication & distributor je. Sebenarnya cuci mata tengok buku tu best. Rasa nak beli semua kan cuma tak mampu hehe. 

Yang bestnya kat sana aku jumpa Prof Muhaya. Weheeee! Dah lama sangat aku nak jumpa beliau. الحمد لله Allah beri peluang. Jumpa Hilal Asyraf jugak. Akhi hilal pernah datang puncak alam. Prof Muhaya belum hehe. Ramai penulis turun padang kecuali HLOVATE, haha. Tak pernah lagi jumpa dia. Tengok muka pon tak pernah. Tapi novel dia memang terbaik :D

Waktu nak balik stesen LRT pwtc sangat sesak sampai polis terpaksa tutup pintu grill. Dia lepaskan sikit2. Dah dapat masuk pulak nak beli token punya lah ramai orang. Kalau ade kad monorail tu senang. Boleh je terus masuk. Macam macam ikhtiar kami buat, guna ic lah, tapi ic tak tukar baru lagi takda touch n go. So tak boleh. Pastu try lagi guna kad rabbit RapidKL. Kena blacklist dah kad tu sebab lama tak guna. Allahuakbar, sangat menguji. Lastnya memang kena beratur beli token. Hampir sejam kami stuck dekat situ. 

Waktu balik, aku pergi sogo sekejap. Sebab kawan aku, faizah dari UKM KL datang masa kat pwtc tu. macam sekejap sangat jumpa. Dia ajak pergi sogo makan sekali. Tapi kak zu, ika & alya terus pergi KL sentral. Tunggu kat sana. Mira teman aku makan sekali dengan faizah.


Dekat sogo pon sesak. Kami solat & makan. Pastu terus balik. Sebenarnya aku fobia dengan sogo ni. Sebab dulu ada kes kanak-kanak hilang kat sini. Nama dia YIN. الحمد لله adik yin dah pun diketemui. Ada seorang wanita myanmar jaga dia. 15 hari dia hilang. Tapi aku bukan kanak-kanak lagi. Ntah kenapa nak fobia. Moga Allah pelihara kita semua. InsyaAllah.

الحمد لله tercapai juga impian aku nak pergi pesta buku. Faizah pesan aku kena habiskan buku buku tu dalam masa setahun. hehe InsyaAllah :) 


Tahniah rakyat Malaysia. Inikalilah!

 OKAY. terima kasih. Selamat mengundi. Buatlah pilihan yang tepat kelak akan disoal di akhirat :)



4 comments: