Monday 8 April 2013

MARAH



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



Marah adalah sifat kecelaan disisi syara'. Syara' menuntut kita mengawal marah. Ketika dalam keadaan marah, banyak perkara buruk boleh berlaku seperti memukul, memaki malah membunuh.

"Dan marah itu seperti anjing pemburuan"

Maksudnya, anjing pemburuan boleh diajar. Lama kelamaan dia boleh terima arahan tuannya. Sebabnya dia di LATIH. Begitu juga dengan marah. Perlu di LATIH sehingga marah boleh ikut akal dan syara'.

"Akal diatas, marah dibawah"

Akal boleh di ibaratkan seperti pemburu manakala marah pula seperti anjing. Marah diarah oleh akal seperti anjing pemburuan mengikut perintah pemburu. Anjing yang tiada akal pon boleh diajar, kenapa tidak kita?

Panas baran, istilah orang kita. Ya, semua ini bukan mudah, memakan masa yang lama. Bergantung juga pada individu.  Tapi jika ada kesungguhan, insyaAllah Allah permudahkan segala niat baik.

Walau bagaimanpun, terdapat beberapa situasi yang syara' suruh kita marah. Contohnya jika agama Islam dihina, sunnah Rasulullah ditertawa, melihat maksiat & macam macam lagi. Namun, apakah kita hanya mahu mendiamkan diri?

"Sesiapa yang tidak marah jika keadaan itu perlu marah maka dia seperti keldai (Bodoh)"

Minta dijauhkan. Ya Allah peliharalah kami daripada perbuatan yang sia-sia.





Sabda Rasulullah SAW

"Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, mala hendaklah ia berbaring"

 [ Hadith Riwayat Muslim]




8 comments:

  1. Marah ialah perasaan yang dibisikkan syaitan agar timbul perbalahan antara masyarakat lalu mewujudkan kebencian dalam diri manusia. Astaghfirullahalazim

    *eyh. belog dye vogehh dh skrg. xleh lwn dah lah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta dijauhkan. hihi, mana ade vogehh, dia lagi vogeh :P

      Delete
  2. cara lain adalah berwuduk, sebab marah adalah api, jadi lawan api adalah air. insya allah, akan hilang perasaan marah.

    *blog org tu dah cantik, menarik, tertarik dah skrg.. ;)

    ReplyDelete
  3. exactly fatin :D
    haha, nmpak sgt before ni kurang menarik. hehe

    ReplyDelete
  4. Boleh la promote bubur perak kt cni skali.hehe..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah boleh2, belum ade rezeki lagi nak pergi bubur perak.

    ReplyDelete
  6. Hehe.nt update gambar bubur kt cni ek..nt dtg la ke bubur perak.ajak kwn2 skali ye.ramai2 br la meriah nt..:-)

    ReplyDelete