Monday 22 April 2013

MOSSE #Day1




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum




 الحمد لله ,  الحمد لله,  الحمد لله  MOSSE 2013 dah selesai. MOSSE is stand for Malaysian Optometry Students Sport Event. Melibatkan student2 optometry dari IPTA dan IPTS. Tak semua IPT ada menawarkan kos optometri. IPTA yang terlibat ialah UITM, UIA dan UKM. IPTS pulak MSU, SEGi & TONEH. 

Hari Jumaat adalah hari ketibaan para pelajar. Diorang sampai malam. Pagi & petang Jumaat kami second year masih lagi ada lab & kelas :) Waktu semua orang laki pergi solat jumaat, kami siapkan kerja kerja untuk hari esok dan lusa. Sebab tu je masa free yang kami ada.

tulis number untuk peserta larian d'puncak MOSSE 2013

number paling besar  #150

Pukul 3.00 petang kami ada kelas. Habis dalam 4.30 macam tu. Petang tu, kami AJK aktiviti kena jalan ikut laluan larian d'Puncak untuk pastikan keselamatan dan rasa sendiri laluan tu sebab esok kami tak lari :D kena jaga checkpoint. 

Sambil sambil jalan, aku pon snap lah beberapa gambar. Aku tak pernah jemu dengan pemandangan dekat UiTM puncak alam ni. Maha Suci Allah. Allah Maha Cantik dan suka akan Kecantikan. Dengan izin Allah bangunan bangunan ni siap dibina dengan cantiknya :)





tangga yang menghubungkan kolej & fakulti.

Haaa ni cakap, antara cabaran larian MOSSE kali ini ialah peserta kena naik tangga ni. haha, tangga ni tinggi dan memenatkan tapi menyihatkan jantung insyaAllah :) Actually larian ini adalah berpasangan. Salah seorang pasangan kena tutup mata dengan kain. Seorang lagi kena guide patner dia untuk berlari.  Mula dari padang kawad. Aku diamanahkan untuk jaga checkpoint ke 2, checkpoint tukar blindfold. Maksudnya patner dia pulak kena tutup mata. Sampailah dekat sebelum tangga ni takde lagi blindfold. Naik tangga dengan mata celik :)

Habis je kami jalan, hari pon dah maghrib. Aku pon balik bilik solat n siap untuk malam ni. Sambut pelajar U lain akan sampai. Aku sangat berdebar tunggu UKM datang sebab aku kena brief diorang pasal tentatif program sepanjang MOSSE ni.  HAHA. Kak kirah ketua AJK aktiviti cakap ' alaaah ni standard presentation je' haha. Aku rasa ni lagi takot darik presentation. Tapi aku kena kuatkan semangat.

Seperti yang dijangka UKM sampai dulu, diorang check in ambil kunci cadar n sarung bantal. Ambil makanan dan berkumpul. Ni lah masanya dan الحمد لله  Allah beri aku kekuatan untuk bercakap. InsyaAllah diorang paham apa yang aku cakapkan. Aku bersyukur jugak aku ada kawan dari UKM. Kenal dari matrik perak. Lim San Mei. Dia banyak tolong aku. 

Habis briefing, Lim tolong setelkan pasal player UKM untuk game esok hari. Lepas tu aku tolong Dibah AJK Tempat iring pelajar perempuan UKM pergi ke bilik diorang. Lepas UKM, MSU sampai dan last sekali UIAM sebab diorang jauh, datang dari Kuantan. Pelajar SEGi  sampai esok pagi. TONEH pulak cuma hantar penyertaan untuk badminton pada hari Ahad saja.

الحمد لله  dah selesai hari first. Tak sabar untuk teruskan hari esok. Wait for the next entry :)

MOSSE 2013 :)

3 comments:

  1. fadh, cantik gambar! ada bakat nk jadi photographer ni :)

    ReplyDelete
  2. program ni untuk budak opto je eh?kuat bonding korang :)

    ReplyDelete
  3. Fatin biasa aje lahh. fatin lagi terer :)

    ain aah, untuk student opto, insyaAllah ukhwah kerana Allah :)

    ReplyDelete