Thursday 25 April 2013

MOSSE #Day2




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum



Hari ke 2 MOSSE bermula jam seawal 7 pagi. Sementara menuggu sarapan pagi sampai, kaunter pendaftaraan untuk larian D'Puncak dibuka. Semua peserta MOSSE diwajibkan menyertai larian kecuali yang ada masalah kesihatan. Larian adalah berpasangan. Bagi sesiapa tak tahu MOSSE tu apa boleh baca di sini MOSSE #Day1

Lepas peserta  mendaftar & sarapan, dan aku terus pergi ke tempat checkpoint yang aku jaga. Aku jaga dengan kak Nani dan Mekna. Di checkpoint kami, para peserta dikehendaki menukar blindfold. patner dia pulak yang pakai. Aku pon ulang skrip yang sama setiap kali ada peserta yang sampai di checkpoint kami. 

"tukar blindfold ye, baru dapat getah"

Getah tu sebagai tanda para peserta pergi ke setiap checkpoint dan akan dikira bila tiba di garisan penamat nanti. Aku bercakap dan terus bercakap, tiba tiba perasan ada satu  pasangan larian lelaki nak terus lari tanpa menukar blindfold. Aku pon cakap tukar tukar. Dia blur. Hah sudahhh. Muka dia selamba macam tak bersalah. Rupanya dia tak paham aku cakap apa. Dia bukan orang sini tak paham bahasa melayu kuikuikui. Aku pon cakaplah CHANGE CHANGE the blindfold. Dia jawab Oh change yeah? Oraitt2. haha. okay. Agak ke'blur'an disitu. 


Hampir ke garisan penamat


Aku jaga checkpoint ke 2 antara checkpoint yang awal. So, lepas habis para peserta lalu kat checkpoint tu, kami pon tunggu dekat garisan penamat. Tengok gelagat gelagat peserta larian yang kepenatan :D
Majoriti cakap lari okay je tapi bila dah naik tangga tu memang tak larat. Hehe. 

Selasai larian D'Puncak, perlawan bola keranjang lelaki & bola baling perempuan dimulakan. Aku in charge bahagian bola keranjang dengan kak sandra. Tapi sedihnya kak sandra tak dapat datang pagi tu sebab ada hal penting. Aku bersyukur kak Nani boleh tolong. Aku dan kak Nani sememangnya zero tahap pengetahuan pasal basket ni. Memang tak tahu apa pon. Aku nampak ada refree tu brief setiap wakil universiti. So aku lega sikit lah. Lepas tu refree tu suruh kami jaga masa dan tulis markah. Dia pon brief serba sedikit pasal peraturan game ni. 

Aku jaga masa. Main 3 minit rehat 1 minit dan sambung balik 3 minit. Kak nani pulak tulis markah. Satu gol 1 markah kalau dari dalam kawasan D. Gol dari luar kawasan D akan dikira 2 markah. Lepas tu pulak ada team fouls, maksudnya macam ada main kasar dengan player lain. Contoh kalau Team A dah ada 4 team fouls, Team B akan dapat free throw. Tulah yang refree tu terangkan. Main half court saja, 3 player 1 team. Then, first games dimulakan. MSU vs UIAM. Lepas tu, UiTM vs UKM. Dan seterusnya.


ukm vs uitm

Hampir 2 jam aku dengan kak nani berpanas. Fuhh, sampai sunburn. Pulak tu sunburn bentuk tudung dengan spect. Argghh pelik gila. Haha, redha jelah. 


Full result, basketball

intai court sebelah, bola baling perempuan

Di sebelah petang lepas zohor, ada game bola baling lelaki & bola jaring, sampai asar. Futsal lelaki perempuan start malam. Setiap kali ingat futsal kecut perut. huhu. Aku main futsal dan first time nak main malam. Lagi best main malam aku rasa sebab tak panas dan tak cepat penat :)

Futsal perempuan habis awal daripada futsal lelaki. الحمد لله team kami dapat juara. الحمد لله الحمد لله الحمد لله. Tempat kedua ialah UIAM dan ketiga ialah UiTM B iaitu senior kami. Tahniah semua :)

Semua orang pergi tengok futsal lelaki berentap untuk kali yang terakhir. Menentukan Juara & Naib Juara. Antara UiTM dan juga SEGi. Aku juga tak ketinggalan. Kedua dua pasukan seri 0-0. Sepakan penalti dimulakan oleh SEGi. Tak goal yeahhh! And then UiTM, GOAL! sekali lagi bersorak. Suasana memang hangat dan mendebarkan. Sepakan kedua SEGi juga gagal. Sepakan kedua oleh UiTM sekali lagi GOAL dan memang UiTM lah champion untuk futsal lelaki dan perempuan.  الحمد لله. Syukur pada yang Maha Esa :D



Okay. harap tak bosan lah baca kisah untuk MOSSE hari ke dua ni :) rasa macam banyak sangat bercerita. InsyaAllah next entry hari yang terakhir. Tahniah kepada yang menang. Tak terlambat nak ucap terima kasih & tahniah buat teammate futsal Kak sandra, Syamerra, Amal, Syikin, Wahi dan Sya.

Perlu diingatkan, ketika seronok bersorak jangan lupa suara wanita adalah aurat. Aku juga berpesan pada diri sendiri, yelah tengah seronok menang. Mungkin tak ingat dah masa tu. InsyaAllah lepas ni boleh ingat memperingati dan berpada-pada :) Okay, thanks for reading! 

2 comments: